Home Courses Schools Campuses & Services Research Staff About Swinburne Search Index  
    

 

Swinburne University of Technology Sarawak Campus

Swinburne University of Technology Sarawak Campus merupakan kampus induk antarabangsa dari Swinburne University of Technology, Melbourne, Australia.

Sejak penubuhannya pada tahun 1908, Swinburne telah memiliki reputasi yang baik di Australia dan juga di negara-negara lain sebagai sebuah institusi pendidikan yang berorientasikan karier dan komited terhadap penyelidikan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan, Sains dan Latihan (Department of Education, Science and Training), Australia pada tahun 2005, Swinburne telah diiktiraf di tangga ke-4 bagi keseluruhan Universiti yang terdapat di Australia untuk kualiti pembelajaran dan pengajarannya.

Kampus Swinburne Sarawak didirikan di Kuching, bandaraya bagi negeri Sarawak pada tahun 2000 dengan kerjasama pihak Yayasan Sarawak dan Badan Pendidikan Tinggi Sarawak. Penubuhan kampus induk ini juga merupakan strategi jangkamasa panjang oleh Swinburne Australia untuk menglobalisasikan operasi di bidang pendidikan dan memberikan kesempatan kepada pelajarnya untuk belajar, hidup dan bekerja dalam suasana antarabangsa.

Swinburne Sarawak sentiasa mempertahankan asas teknologi yang kuat dan hubungan penting dengan industri. Ia beraspirasi untuk menjadi universiti yang berorientasi intensif dan ia sedang memperkembangkan kebolehan penyelidikan yang berfokus ke bidang industri yang relevan. Universiti ini terus mengembangkan kemampuan penyelidikannya dengan berfokuskan pada bidang-bidang yang berkaitan dengan dunia industri. Kampus Swinburne Sarawak dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang moden dan sekarang sedang melakukan penyelidikan di dalam bidang Keselamatan Informasi, Mekatronik, Perisian Kejuruteraan, Perniagaan, Pendidikan serta Pembelajaran Elektronik.

Kampus yang sebesar 16.5 hektar ini terletak tiga kilometer dari pusat bandar dan berdekatan dengan kawasan-kawasan komersil kampus Swinburne Sarawak menawarkan kursus-kursus Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan, Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Multimedia. Kursus-kursus yang turut ditawarkan adalah kursus penyelidikan lepasan ijazah pada tahap Sarjana Kedoktoran dan Sarjana merangkumi kesemua disiplin di atas serta program Sarjana melalui kerja kursus di dalam bidang perakaunan dan multimedia.

Kursus-kursus lain yang ditawarkan merangkumi kursus Pra-Universiti dalam bidang Perniagaan/Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan serta kursus Diploma dalam bidang Perniagaan dan Sistem Maklumat dan juga Kejuruteraan Elektronik. Selain itu, terdapat berbagai kursus Bahasa Inggeris bagi pelajar yang ingin meningkatkan kefasihan berbahasa Inggeris

Pelajar Swinburne boleh membuat pilihan samada menamatkan pengajiannya di kampus Swinburne Sarawak atau ke salah sebuah daripada kampus Swinburne di Melbourne, Australia pada semester yang terakhir. Kursus-kursus di Swinburne Sarawak ditawarkan dengar kadar lebih rendah berbanding dengan kos di Australia. Kursus berkenaan adalah serupa dengan apa yang ditawarkan di kampus induk Swinburne di Melbourne dan ijazah yang akan didapati oleh pelajar Swinburne Sarawak adalah yang setaraf dengan Swinburne Australia.

Penekanan vokasional serta penempatan terus di dunia industri merupakan salah satu keunggulan dari kursus sarjana ini. Fokus pada latihan pekerjaan merupakan sebahagian daripada struktur pembelajaran dan Swinburne University terkenal dengan menghasilkan pelajar-pelajar yang bersedia untuk bekerja.

Jumlah pelajar Swinburne Sarawak telah mencapai 1600 dan dijangka akan mencapai 5000 pelajar pada tahun 2010. Terdapat pelajar dari luar negara yang melanjutkan pelajaran di Swinburne Sarawak dan mereka adalah dari 23 negara termasuk Bangladesh, Brunei, China, India, Indonesia, Myanmar, Iran, Saudi Arabia, Sri Lanka dan Vietnam.

Swinburne Sarawak sedang menjalani pembinaan untuk mengembangkan kampus yang sedia ada. Kerja pembinaan kampus baru telah bermula pada akhir tahun 2005 dan dijangka siap pada tahun 2007, akan terdapatnya rekabentuk kompleks bangunan yang direkai khas untuk setiap fakulti untuk menampung penawaran pelbagai kursus baru dan kenaikan jumlah pelajar.

 

Information in your language:

 

 
2009 Course Guide
PDF - 7.2 MB
To view the guides in your web-browser click on the picture. To save the guides to your PC, right click and select the 'save target as' option.
 

"The location of the university is great and everything is easily accessible. A new
shopping mall nearby makes it much more convenient for students. The variety of food, places to hang out with
friends makes student life really enjoyable.
Another good thing about Swinburne Sarawak is the many extra-curricular activities available. I am a member of the Anime and Manga Club, Japanese
language club and also the basketball club.”

MUHAMMAD FADHLI BIN HAJI JUMAT
Swinburne Foundation Studies
(Engineering/Science)
student from Brunei Darussalam
 
 
  © Swinburne | Contact Us | Copyright and disclaimer | Privacy | Email: info@swinburne.edu.my
Maintained by: Sheryl Caroline Lee (slee@swinburne.edu.my) | Authorised by: James Ho (jho@swinburne.edu.my)