Mulakan pengajian universiti anda dengan Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris Swinburne Kampus Sarawak
Universiti Swinburne Kampus Sarawak menjemput anda untuk melangkah dengan yakin ke arah pengajian universiti bertaraf global melalui Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris bagi kemasukan tahun 2026.
Sama ada anda inginkan persediaan awal atau memerlukan lebih masa untuk bersedia menerokai pilihan pengajian anda, program intensif ini direka khas untuk menyokong peralihan anda ke dalam pengajian universiti.
Sepanjang program ini, anda bakal mengukuhkan kemahiran komunikasi dan akademik dalam Bahasa Inggeris, sambil mengalami pembelajaran peringkat universiti. Program ini dijalankan secara sepenuh masa di kampus Swinburne Sarawak di Kuching, membolehkan anda belajar dalam persekitaran yang dinamik serta membina keyakinan sebelum memulakan pengajian di Swinburne.
Setelah tamat, anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma mahupun Ijazah di Universiti Swinburne Kampus Sarawak bagi mana-mana kemasukan tahun 2026.
Mulakan perjalanan akademik anda dengan penuh keyakinan serta terokai peluang yang menanti melalui Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris ini.
Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris
Selepas menerima tawaran untuk program Asasi, Diploma atau Ijazah di Universiti Swinburne Kampus Sarawak, pelajar yang layak akan secara automatik ditawarkan Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris sebagai sebahagian daripada pakej tawaran pengajian. Tiada permohonan berasingan diperlukan.
Yuran EEP di biayai sepenuhnya Universiti Swinburne Kampus Sarawak.
- Warga Sarawak
- SPM: Minimum Gred C untuk mana-mana 3 mata pelajaran dan Gred D untuk Bahasa Inggeris
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan, sila layari:
Bersedia untuk memohon? Kami sedia membantu!
Kami bersedia untuk memberi maklumat terperinci mengenai program Swinburne EEP, menjawab sebarang pertanyaan dan menangani sebarang kebimbangan anda.
Kemukakan pertanyaan anda kepada 019-8196353 dan kami akan memberi respons dalam masa 3 hari perniagaan.
Kelebihan Mengikuti Program Swinburne EEP di Swinburne
Kampus bandaraya
Kampus Swinburne terletak di lokasi strategik di bandaraya Kuching
Kampus moden dengan fasiliti terkini
Suasana kampus yang kondusif dengan fasiliti pembelajaran dan pengajaran serba moden
Pelajar dari lebih 50 negara
Berinteraksi dan belajar disamping pelajar-pelajar daripada lebih dari 50 negara asing
Laluan Pembelajaran Mudah
Layak untuk melanjutkan pengajian di peringkat Asasi/Diploma/Sarjana Muda di Universiti Swinburne
Testimoni Pelajar
"Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris ini merupakan mercu perubahan dalam pengajian tinggi saya.
Ianya bukan sahaja membantu saya dalam penguasaan Bahasa Inggeris, aktiviti yang dijalankan seiring dengan program ini juga interaktif dan menyeronokkan."
Swinburne Foundation Studies (IT/Multimedia)
"Saya mengesyorkan semua pelajar yang layak agar menyertai program ini sebagai titik permulaan pengajian anda. Swinburne EEP bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran sosial serta mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris saya, saya juga mendapat banyak kenalan serta kemahiran dan pengalaman baharu hasil penglibatan saya dalam program ini. "
Swinburne Foundation Studies (IT/Multimedia)
"Saya mula-mula mengetahui mengenai program ini apabila saya melawat Hari TerBuka universiti Swinburne. Boleh dikatakan, penyertaan saya merupakan satu pilihan yang baik kerana bukan saja ianya membantu meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris saya, tetapi saya juga mendapat ramai kawan baharu. "
Kampus Swinburne di Sarawak juga dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran serba moden, dan terletak di pusat bandaraya Kuching.
Swinburne Foundation Studies (Engineering / Science)
"Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris ini banyak membantu menyediakan saya untuk pengajian peringkat university.
Saya mengesyorkan para pelajar menyertai Swinburne EEP, tanpa mengira keupayaan pendidikan anda. Ia benar-benar dapat membantu anda menyesuaikan diri dengan kehidupan baru selaku seorang pelajar universiti. "
Swinburne Foundation Studies (Business)
Kemudahan Kampus
Dengan komitmen bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran, Swinburne Sarawak sedang dalam fasa terakhir mengiktiraf kemudahan kampus. Lebih 50 juta telah dilaburkan untuk menaiktaraf fasiliti penyelidikan, makmal pengajaran dan pembelajaran, penginapan pelajar, cafeteria dan banyak lagi.
Penaiktarafan ini memastikan pelajar mendapat pendidikan Australia berkualiti pada yuran yang berpatutan, serta menyediakan kerjaya masa depan dengan budaya pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan inovatif.
Swinburne Sarawak telah ditubuhkan pada (tahun) 2000 bagi menyediakan pelajar dengan suasana pembelajaran antarabangsa.
Lobi utama university memberi pengalaman yang baik untuk para pengunjung, pelajar dan tenaga kerja.
Panel skrin LED diletak di tempat strategik bagi membantu tunjukarah untuk para tetamu dan pelajar
Laluan ke bilik kuliah ceria dan dihiasi dengan cat-cat terang untuk menceriakan suasana.
Ruang belajar yang selesa dan kondusif disediakan
Bilik kuliah membantu pelajar mengikuti pembelajaran secara menyeluruh
19 bilik tutorial yang diubah suai membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan
Dewan kuliah yang bercirikan susun atur bertingkat gaya auditorium boleh memuat 350 orang.
Makmal IoT dilengkapi perkakasan dan peranti terkini.
Makmal robotic dilengkapi perkakasan industry robotik serba moden dan terkini
Skrin hijau di "THE HIVE Design Studio" membantu pelajar rekabentuk multimedia merealisasikan idea kreatif mereka.
Makmal Sains lengkap di bangunan yang dibina khas
Makmal penyelidikan kimia tersedia untuk pelajar kejuruteraan kimia
John’s Pie merupakan salah satu kafe di kampus
Hostel pelajar: ruang tetamu
Hostel pelajar: pantry kediaman